pertubuhan seni silat lincah malaysia

pertubuhan seni silat lincah malaysia

Wednesday, December 30, 2009

kehebatan peguam jahanam

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua umat Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah swt dan dijauhkan dari terpesong aqidah...amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M'sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?​​.​​.​​.​​.​​Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-​​program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!​​'​​.​​.​​.​​.​​Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
- ​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​ ​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​ ​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​ ​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​​-​ ​
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya​ melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua'ala 'alam.

2 NOVEMBER 2009
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
Allahuakhbar!!

awang vampirO - noveL

tika malam melabuhkan tirai..
dia muncul.
kemunculannya mengundang misteri..
misteri yang perlu dibongkar sejarahnya.

siapa dia sebenarnya?
pemburu.. pemangsa.. atau penyelamat?

jika dia pemburu.. ya.. sememangnya dia seorang pemburu yang hebat..
penyamaran demi penyamaran membenihkan kepuasan yang mutlak bagi dirinya..

darah.. kerana darah dia dimomokkan sebagai pemangsa yang kejam..
tiap titis darah yang mengalir bagaikan satu nikmat hingga sukar untuk diungkapkan dengan kalimah.
darah diumpamakan tenaga kehidupannya..

kerana semangat juang pahlawan melayu begitu muncah di jiwa,
dia mempertahankan bumi Melaka tercinta.
bersama kasturi dia bermati- matian menegakkan kegemilangan Melaka.
dan bermula dari titik inilah lakaran sejarah seorang vampiro bermula.

dari seorang hamba.. dia belayar, menjelajah serta meneroka keseluruh pelosok dunia.
namun matlamatnya hanya satu..
umat manusia perlu diselamatkan..

Saturday, December 26, 2009

http://panjihitamdaritimur.blogspot.com

Untuk entry kali ini saya memilih cara santai untuk berkongsi maklumat dengan saudara-saudari sekalian. Entry kali ini saya nak story tentang orang Islam di dunia. Mungkin ramai orang Malaysia khususnya orang melayu beranggapan, Islam ini popular di tanah arab dan melayu saja.

Sebenarnya kajian statistik menunjukkan, populasi orang Islam di dunia ialah setiap 4 orang terdapat 1 orang Islam. Banyak fakta diselewengkan seolah-olah Islam ini agama kolot dan makin pupus dan semakin ramai meninggalkannya. Itu lah yang cuba diwayangkan oleh sesetengah media termasuk media cetak dan buku-buku teks. Mereka sedar dan takut sekiranya ramai orang tahu fakta yang sebenar. Jika saudara pernah menjejakkan kaki di bumi Eropah, sebenarnya jutaan muslim ada disana terutama di France. Di German saja terdapat lebih kurang 12juta orang Islam. Fakta juga menunjukkan apabila anda berkunjung ke Eropah, banyak gereja yang kosong dan telah diambil alih menjadi masjid. Ini juga lambang kebangkitan Islam sebenarnya. Ia berlaku secara global. Salah satu negara yang tidak disangka menerima Islam secara drastik ialah Poland. Ia telah merisaukan pihak Amerika dan Zionis. Begitulah Allah menunjukkan kekuasaanNya kepada manusia yang sentiasa membuat silap.

Di German, jangan terkejut dengan cara mereka mengamalkan Islam... boleh dikatakan lebih baik dari kebanyakkan orang di Malaysia yang selama ini bangga menjadi pusat negara Islam. Di German, apabila mereka bersolat, dari segi pakaian, mereka bekerja pakai baju biasa mereka melakukan pekerjaan, tapi bila tiba waktu solat berjemaah, mereka pergi ke Masjid dan mengambil jubah dan sarung saja. Jubah mereka telah siap2 letak di masjid dalam keadaan bersih dan teratur.Begitu cantik sistem mereka dari segi pemakaian. Apabila mereka berada dalam saf, mereka sangat pentingkan saf, bahu rapat ke bahu, kaki juga rapat antara satu sama lain seolah2 mereka satu jemaah kuat dan bersatu padu, mengikut Imam bersembahyang memuji kebesaran Allah. Jika di Malaysia mungkin masjidnya besar jadi orang suka ambil jarak... tapi itu lah fenomena di German. Bukan setakat itu saja, jika sembahyang terawikh di sana, Imam akan beritahu surah apa yang akan dibaca untuk keesokan hari, jadi jemaah boleh balik mengulangkaji surah tersebut, apabila imam membaca surah itu pada keesokan hari jemaah boleh mengikuti dengan baik dan biasanya tidak akan mengantuk walau dibaca surah panjang sekalipun. Lagi satu fenomena baik yang jarang berlaku ialah, Imam di sana selepas solat, berdoa pada Allah supaya solat mereka itu diterima oleh Allah. Jika khutbah jumaat pula, mereka sentiasa update jemaah dengan isu-isu terkini dan bukannya isu berulang seperti yang pernah didengar sebelum ini. Inilah fenomena yang berlaku di negara Eropah sebenarnya... Begitu juga di Amerika.

Tujuan perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk riak tapi untuk membuka minda atau tempurung yang ada di Malaysia supaya memandang dengan lebih luas. Mohon lah pada Allah s.w.t supaya ditunjukkan jalan yang lurus...

http://panjihitamdaritimur.blogspot.com

matlamat fisaBilillah 3o

Entry kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh... jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu. Saya tak peduli!

Sila jawab soalan ini....
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham.... dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini... naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idol mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat... itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan.... semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!



Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah... bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat.... jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka... nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak... tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

inGat menginGati antara satU sama laen

Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan. Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia terutama anda yang duduk dalam badan fisabilillah.Ingatlah bahawa, kita adalah benteng terakhir sekiranya polis dan tentera sudah tidak mampu menyelamatkan negara. Kita harus redha jika diberi kerja tanpa gaji semata-mata untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air kita! Inilah perjuangan Fi Sabilillah di Malaysia.


Duduk dalam badan Fi-Sabilillah, kita perlulah memahami apa yang telah dilafazkan semasa mula-mula naik dulu. Jangan salah guna, nanti kifarah akan diterima. Duduk dalam badan fisabilillah ini sangat istimewa, tapi ia boleh jadi paling teruk jika kamu melanggar apa yang kamu lafazkan dulu. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan ahli seperjuangan sekalian, janganlah sesekali kita membezakan antara adik beradik kita. Tidak kira siapa, atau dari mana asal pun, kita semua satu perjuangan.Jangan sesekali memutuskan hubungan di antara kita, RAHSIA 'dalam' tidak seharusnya dibuka pada yang bukan SEJALAN dengan kita. Ini AMANAH... jika kamu 'buka' kifarah akan menimpa kamu,apatah lagi memutuskan hubungan sesama kita! Jika ada yang berselisih faham sampai ingin memutuskan hubungan sesama kita, hendaklah kita mengingati sesama kita, kadang-kadang kita terlupa hubungan kita ini akan kekal. Walauapapun alasan, TIDAK AKAN SESEKALI hubungan ini boleh diputuskan!


Saya minta, agar kita semua memahami perjuangan sebenar, jumpa Ayahanda atau Kekanda untuk mengaji sampai pandai. Pandai=tahu+faham+aplikasi. Jangan lalai dan lupa. Pihak musuh sentiasa memerhati kita dan sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan kita! Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan yang boleh merosakkan tali persaudaraan kita!

Ingatlah dunia ini kita duduk sekejap saja! Semuanya akan musnah dengan kehendak ALLAH. Hanya ALLAH saja yang akan kekal!

Apa pun yang kita buat hanya kerana ALLAH!




PERJUANGAN FI-SABILILLAH ADALAH KERANA ALLAH!

tentanG 313 dan baiah fisaBilillah

Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

snippet: faCeboOk

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.
Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.
Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!


Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.
Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

renUngan

RENUNG DAN BAYANGKAN KIRANYA SEJARAH BERULANG...

...SEKITAR PENGHUJUNG ABAD KE-19 DAN AWAL ABAD KE-20

DI PAHANG: Tun Mutahir dan anak-anak bersengketa dengan Bendahara Sri Maharaja Tun Ahmad sehingga menjemput kedatangan British.

DI SELANGOR: Raja Mahadi dan Tengku Kudin bersengketa, sehingga menjemput kedatangan British

DI JOHOR : Temenggung Abu Bakar bersengketa dengan Sultan Ali dan Sultan Hussien, juga menjemput kedatangan British

......SEJARAH AWAL PORTUGIS MENCEROBOH MELAKA....SI KITUL MEMBUAT FITNAH TERHADAP BENDAHARA....SEHINGGA MEMBUKA PINTU MELAKA KEPADA PORTUGIS...

......HURU-HARA DI PAHANG.. TOK GAJAH DAN PAHLAWAN-PAHLAWAN PAHANG, BERHABIS DARAH DAN NYAWA MEMPERTAHANKAN PAHANG, TAPI SAYANGNYA PERANG ITU PERANG SAUDARA....

......BEGITU JUGA DI SELANGOR...


JIKA KITA TIDAK SERIK MEMBIARKAN TANAH KITA DIJAJAH LAGI, SILALAH BERGADUH SESAMA BANGSA MELAYU...TETAPI INGAT...

DI KIRI-KANAN KITA, ADA BANGSA LAIN BERSEDIA MENJILAT SETIAP PERSENGKETAAN ITU...

waCana siLat melaYu

Silat, silap dan silau merupakan suatu ungkapan yang acap kali dituturkan oleh golongan elit dalam seni warisan budaya Melayu ini. Pelbagai versi silat seantero Asia Tenggara khususnya yang merangkumi kepulauan Melayu pada zaman kegemilangan Melayu 500 tahun lampau mengangkat darjat manusia itu dengan kepandaian seni tari silatnya. Silat itu langkah, silap itu pelebatnya manakala silau pula buahnya atau pun pelengkapnya. Rumpun Melayu menyebarkan sayap kepahlawanan secara lebih autokratik pada 500 tahun lampau kerana kebanggaan mereka terhadap ilmu perang ini. Bahasa Melayu yang menjadi ‘lingua franca” merupakan bahasa pertuturan utama ketika itu. Perkembangan bahasa Melayu secara tidak langsung membawa kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk Melayu di Melaka ketika itu. Ini mengakibatkan penghijrahan berlaku dan seterusnya proses perkembangan ilmu perang ini berleluasa sebagai suatu bentuk seni yang melambangkan keberanian, kekuatan dan kedaulatan kepada individu khususnya dan negara umumnya.

Silat merupakan suatu seni mempertahankan diri yang juga kesenian keunggulan bangsa Melayu di rantau Asia kira-kira 500 tahun lampau. Proses pembelajaran daripada pergerakan haiwan, pemerhatian dan penyesuaian perilaku, tindakan dan tindak balas dicampur adukkan untuk membuahkan suatu keunikan tarian seni yang diringkaskan sebagai seni silat. Seni pencak silat merupakan gabungan ilmu seni dan bela diri. Ianya meliputi permainan bela diri yang digabungkan dengan seni dan dilakukan dalam gaya gerak tari yang indah. Segala gerak tari dan langkah yang dilakukan ada hubungannya dengan maksud pembelaan diri daripada serangan. Bagaimanapun gerak tari dalam seni pencak silat tidaklah sama dengan tarian yang lain kerana tarian pencak silat mempunyai kegunaan yang lain.

Dalam soal mempertahankan diri, Islam telah menegaskan, berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 60 yang bermaksud, “Dan bersiap sedialah untuk (menentang) mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari (pasukan-pasukan) berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan (persediaan) itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.” Umum disimpulkan bahawa seni mempertahankan diri merupakan suatu keperluan individu. Persoalannya kini ialah sama ada seni mempertahankan diri (Silat Melayu) mampu membina keperibadian individu. - thomy265.wordpress.com

melaYu

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

( Usman Awang)

kita punYa marUah

Kenapa kita bersilat??
Kita bersilat kerana Maruah

Pesan Pak Guru:
" Kalau saudara / ahli keluarga kita diambil orang,
Kita mungkin dapat abang ipar,
mungkin kakak ipar,
mungkin adik ipar
mungkin ibu tiri,
mungkin ayah tiri

Tetapi kalau isteri atau suami kita diambil orang ???
di mana maruah kita selepas itu??"

Negara kita yang kita sayangi samalah seperti cinta hati kita....
jika dijajah orang, jika dihina orang ???
di mana maruah kita selepas itu???

Pesan Jebat..
Buat Baik Berpada-pada
Buat jahat alang-kepalang
Yang Adil disembah
Yang Zalim disanggah..

Jangan mengganggu harimau yang tidur...
kerana marahnya dendam tak sudah..

Marah pandangan...darah makanan..

PSSLM

Photobucket

Photobucket

Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA. Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur ‘Hang Jebat’, ahli-ahli juga disisipkan amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang dipimpin oleh DATUK HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara. Dengan keunggulan kepimpinan Datuk Mahaguru Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1 000 000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul”.

Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya di kenali dengan nama “Silat Tarah” didaftarkan di Negeri Selangor dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas nama “Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia”.

Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India dan Mekah.

Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.

Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei. Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.

Disebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat diperingkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh dunia.

Usaha Dato’ Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat Dunia Pertama yang diadakan pada 04hb Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara Asean, Timur Jauh dan Timur Tengah.

Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari ONE STEP TO THE BEYOND atau SELANGKAH KE ALAM BATIN yang bukan sahaja ditayangkan mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.

Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek.

Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau pegawai-pegawainya. Antara
saling menghormati satu sama lain, Mahaguru dan guru-gurunya dan tidak penderhaka kepada kedua ibu bapa.

Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Justeru itu, ahli-ahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan Silat Lincah yang paling utama.

Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.

PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan.

Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan maka satu pertemuan yang amat bersejarah telah diadakan pada 10hb Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya, sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis diantara kaum. Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Dato’ Haji Omardin bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang terkandung didalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.

reminder for muslims

bca skiranya anda mnganggap diri anda beragama islam!


sebelum kamu baca,saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca surat ini.

wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. jika kamu tidak menghantar surat ini seperti janji yang kamu telah kotakan. sesungguhnya orang yang mungkir janji dia adalah munafik. dan orang munafik dimurkai ALLAH

isu arak..!: ambiL perhatian umat islam!

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT iSLAM............

peringatan terbaru buat umat islam

sapa2 yang sayang ALLAH mesti baca.. Hari kiamat akan segera tiba dan
batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat
di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari
kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa. Dan Barang
siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan
disebarkan kepada teman-teman atau rakan-rakan anda atau masyarakat islam sekitarnya,
maka percayalah anda akan memperoleh setelah dua
minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung,
setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua
puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia
mendapat keuntungan yang sangat luar biasa besarnya. Sebaliknya berlaku
terhadap orang yang mengabaikan surat ini

fikirkan bersama..

ALLAH memberi pertemuan...
agar takdir tercipta..
ALLAH mewujudkan sayang..
agar kita bisa mengenali..
ALLAH titipkan rindu..
untuk kita saling meningati..
ALLAH berikan perpisahan..
agar kita saling menghargai..
semoga ukhwah berkekalan selamanye..

RENUNGKAN.......
Dalam hidup kita Tuhan akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang......Tapi hanya sekali....sekiranya kita leka...kita akan kehilangan nye buat selamanye....Tapi...Kita tak pernah tahu sape orangnye jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cube untuk menilai kehadirannya.....Mungkin setelah segalanya berlalu kita akan kesal buat selama-lamenye...

awas penGGuna faCeBooK

Ia telah diasaskan oleh CIA. Mereka menggunakan fb sebagai alat untuk mengumpul maklumat, dengan adanya sistem fb ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah sekali terutama melalui application relatives dan lain-lain. Jadi anda pengguna fb, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yg betul. CIA adalah skuad kanan Illuminati!

Mari Baca Tentang filem ‘2012’

Sejak akhir-akhir ini heboh diperkatakan bahawa berakhirnya kehidupan dunia adalah pada 2012. Visualisasi melalui sebuah filem Hollywood yang diberi nama ‘2012’ kini menjadi perbincangan hangat masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Berita kiamat yang bersumber dari Kalender Maya dianggarkan terjadi pada 21 Desember 2012.

Dasar hujahan kiamat akan datang pada 2012 adalah sekali dalam setiap 25,800 tahun. Matahari sejajar dengan pusat Bima Sakti yang menandakan matahari berada di titik terendah kaki langit. Peristiwa itu akan terjadi pada 21 Desember 2012.

Pendapat tersebut diyakinkan oleh pakar astronomi bahawa penjajaran atau gangguan magnetik boleh menimbulkan pergeseran kutub. Diperkirakan pergeseran kutub-kutub itu berlangsung selama satu juta tahun.

Dalam karya Arguelles berjudul "The Mayan Factor: Path Beyond Technology" (Bear & Company, 1973) diungkapkan bahawa sistem kalender suku Maya mencatatkan, akan terjadi putaran besar (the great cycle) yang dijangka lima ribu dua tahun lebih pada galaksi tata suria, iaitu waktunya dari 3113 Sebelum Masihi (SM) hingga 2012 Masihi.

Kalender hitungan milik suku Maya dimulai pada tahun 3113 SM hingga 2012 Masihi. Kalender ini menandakan putaran 394 tahun sebagai Baktun. Angka tiga belas adalah angka penting dan genting bagi kaum Indian Maya. Suku ini memercayai Baktun ke-13 berakhir sekitar 21 Disember 2012.

Filem 2012 memperlihatkan gambaran datangnya kiamat berbentuk gempa bumi, hujan meteor dan gelombang tsunami yang mencampakkan sebuah kapal induk ke Rumah Putih, kediaman Presiden Amerika Syarikat.

Filem karya Roland Emmerich itu menghadirkan kesan khas (special effect) yang menarik dengan visualisasi lapisan bumi retak, tanah merekah dan bergoncangan di mana-mana. Imbasannya memperlihatkan kesan domino yang tragis iaitu gedung-gedung ranap, jalan-jalan bersimen dan berturap habis hancur, menghentam setiap kenderaan yang bergerak di atasnya. Kejadian itu merupakan efek gempa bumi maksimum berskala 13 Richter.

Selanjutnya terjadi hujan meteor berdiameter 3-6 meter yang jatuh dari awan di langit biru. Hentamannya menimbulkan getaran maha dahsyat sehingga menimbulkan lubang-lubang di tanah.

Kesan susulan daripada hujan meteor itu adalah permukaan laut menaik, menimbulkan gelombang setinggi ribuan meter. Dahsyatnya hujan meteor hingga puncak Himalaya pun tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.

Sebelumnya, Emmerich menggarap sejumlah filem penuh efek lainnya, seperti Independence Day, The Day After Tomorrow, dan 10,000 BC.

Ramalan ilmiah

Sebelum berjaya diangkat ke layar perak, perbincangan tentang kiamat 2012 di mulakan dengan penerbitan buku-buku yang memiliki kekuatan menyingkap rahsia yang akan terjadi pada tahun tersebut. Buku itu antara lain: "Apocalypse 2012: An Investigation into Civilization' s End", "2012: Mayan Year of Destiny", "Beyond 2012: Catastrophe or Awakening?", "2012: Science or Superstition", "The Mystery of 2012: Prediction, Prophecies and Possibilities", "How To Survive 2012", "Unlocking the Secrets of 2012", dan "Fractal Time: The Secret of 2012 and a New World Age". Daripada sejumlah buku di atas, buku "Apocalypse 2012: An Investigation into Civilization' s End" karya Lawrence E Joseph telah diterjemahkan ke dalam versi Bahasa Indonesia oleh penerbit Gramedia.

Sumber penulisan buku ini oleh penulisnya berasal dari sejumlah hasil seminar, jurnal ilmiah dan sejumlah temuan misi luar angkasa NASA (badan angkasa Amerika Syarikat) dan ESA (badan angkasa Eropah) serta wawancara dengan para pakar fizik dan ilmuwan luar angkasa yang sedang demam 2012.

Berdasarkan buku tersebut, bolehlah dikatakan bahawa penulisannya mengungkapkan akan terjadinya peristiwa alam maha dahsyat pada 2012 yang dapat disebut sebagai Hari Kiamat. Bencana itu disebabkan oleh berbagai-bagai faktor seperti radiasi (cahaya) panas matahari, kesan badai awan dan bintang, perubahan drastik yang terjadi di muka bumi kerana pemanasan global, pergeseran medan magnet bumi, koyaknya perisai magnet bumi dan hentaman antara planet hingga berkecai. Penulis buku tersebut bukan hanya mengetengahkan cerita Hari Kiamat berdasarkan ramalan suku Maya, juga mengajak pembaca berkelana memasuki rahsia bumi, alam semesta, matahari, sistem suria, galaksi, dan luar angkasa.

Buku-buku lain mengkhabarkan peristiwa terputusnya pancaran dari pusat galaksi yang akan merosakkan mekanisme normal sistem suria dan bumi. Kesannya adalah dislokasi dalam skala global berupa bencana kerana terjadinya pergeseran konfigurasi planet walaupun kecil.

Apabila bencana itu datang, diperkirakan tidak semua permukaan bumi akan luluh hancur sehingga menyebabkan kehidupan manusia menjadi musnah. Para ilmuan dan astronomi sedang merancang senario terburuk, termasuk dengan pendekatan ilmu kesihatan darurat. Tugas para ilmuan bukan saja berupaya menyingkap rahsia alam semesta, tetapi juga berupaya meramal dan mencari alternatif jalan keluarnya secara ilmiah.

Kini para ilmuan sedang mencari jawapan mengenai hubungan titik matahari dan ledakan-ledakan matahari dengan fenomena yang terjadi di muka bumi seperti gempa, badai, letusan danau dan pelbagai angin taufan. Pada dekad 1970-an, lebih daripada 10 satelit penelitian matahari diluncurkan sejak Helios I dan II menjelajah angkasa. Majoriti satelit tersebut dikirimkan oleh NASA dan ESA.

Pada tahun 1980, dikirim lagi misi Maksima Matahari bertujuan mengamati aktiviti suria pada puncak jangka titik matahari. Sedangkan pada tahun 1990 diluncurkan satelit Ulysses dengan tujuan khusus pada bahagian tertentu spektrum matahari seperti sinar -X, ultraviolet dan angin suria.

Satelit sebesar kenderaan BMW itu, dengan kelajuan 56,000 kilometer sejam, telah menempuh perjalanan hampir 8.85 juta kilometer atau sepadan dengan tiga kali putaran orbit matahari. Satelit ini mengakhiri tugasnya pada Jun 2009 lalu yang ditaja NASA dan ESA. Lebih daripada 1,000 artikel ilmiah dan dua buku dihasilkan daripada informasi yang diperoleh Ulysses.

Misi Ulysses berjaya mengungkap adanya angin suria dan faktor-faktor penyebabnya, selain mendalami partikel-partikel yang dipancarkan oleh matahari ke seluruh sistem suria. Ternyata aliran kuat partikel-partikel subatom yang memancar dari matahari hingga lebih satu kilometerl sejam berkurang hingga level terendah dalam 50 tahun terakhir.

Data berharga lainnya adalah info mengenai kawasan kutub matahari, debu angkasa di sistem suria, planet Jupiter dan objek transitnya. Info baru yang boleh diketahui manusia adalah soal heliosfer.

Heliosfer adalah selubung pelindung yang dihasilkan matahari melalui anginnya kepada bumi dan tujuh planet lain yang mengitarinya. Angin suria itu berperanan menyapu radiasi dan sinar kosmik yang datang dari galaksi lain.

Secara teori, heliosfer yang semakin lemah akan membuatkan masuknya sinar kosmik ke dalam sistem suria dan akan menjadi semakin besar. Radiasi sinar kosmik yang semakin kuat tentu membahayakan para angkasawan ketika berada di luar angkasa.

Ramalan lain daripada para ilmuan adalah bakal terjadinya badai matahari dahsyat yang belum pernah terjadi dalam sejarah pada 2012 nanti. Seorang ilmuan dari Lembaga Penerbangan dan Angkasawan Nasional (LAPAN) di Indonesia, Bambang S Tedjakusuma mengetengahkan, yang akan muncul pada sekitar 2011-2012 adalah badai matahari.

Ramalan ini berdasarkan pemantauan pusat pemantau cuaca angkasa pada beberapa negara semenjak tahun 1960-an di Indonesia oleh LAPAN sejak tahun 1975.

Badai kecil matahari pernah terjadi pada 4 November 2003 yang mengakibatkan saluran telekomunikasi seluruh dunia mengalami gangguan. Di Amerika Syarikat kala itu muncul sinar kutub yang sangat luas di California, sedangkan di Sweden sekitar 500 ribu penduduknya tidak memperoleh kemudahan aliran elektrik. Isyarat awal badai matahari adalah bintik matahari yang akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.

Sebagai satu ramalan, peristiwa itu boleh saja terjadi atau sebaliknya boleh tidak terjadi. Tugas para ilmuan adalah menyedarkan masyarakat dan mengingatkan pemerintah agar mempersiapkan langkah yang akan terjadi berbentuk penyiapan sistem kesihatan darurat agar tidak memakan korban jiwa dan kerugian material yang banyak.

Pada umumnya ada tiga langkah dalam sistem kesihatan darurat iaitu alert sign (meningkatkan kepedulian bencana), warning sign (meningkatkan perhatian terhadap tanda bersiap sedia) dan alarm sign (tindakan segera terhadap bahaya bencana).

Walaupun filem ini digarap dalam bentuk fiksyen, ia menyerlahkan keyakinan manusia bahawa alam ini suatu hari nanti pasti akan musnah. Kajian-kajian dan pemerhatian secara saintifik mendorong mereka membuat ramalan bahawa 21 Disember 2012 adalah tarikh hari besar tersebut.

Jadi, apakah sikap kita?

Setakat mempercayai bahawa alam ini akhirnya akan musnah sesungguhnya selari dengan keyakinan kita, umat Islam, yang beriman kepada hari akhirat. Namun, waktu sebenarnya berlaku kiamat itu tetap berada dalam pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui. Tugas kita di dunia hanyalah terus menjadi hamba dan khalifah-Nya, terus mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Maksudnya, kehidupan mesti diteruskan sesuai dengan tuntutan Ilahi, bukan asyik berkeluh kesah mendengar ramalan itu dan ini.

Ingatlah pesanan Rasulullah sallallahualaihi wasallam:

“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.”

saBda naBi SAW

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian... kita kini di akhir zaman! Janganlah kita lalai, musuh sentiasa mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Ayuh kita Bersatu! Semoga perjuangan kita diberkati Allah!

sajaK rasmi siLat linCah

SALAM JEBAT SALAM PANGLIMA
SEMANGAT JEBAT SEMANGAT PERWIRA
INILAH HAKIKAT YANG KAMI BAWA
SILAT LINCAH PUSAKA BANGSA

DI PULAU BESAR DI TANAH MELAKA
KELAHIRAN LINCAH TANPA TERCELA
DI SINILAH BERSEMADINYA JEBAT PERKASA
MATI BERDARAH BUKTI PENDEKAR

ABAD DATANG ABAD YANG PERGI
BANYAK YANG TUMBANG DAN BANGUN KEMBALI
AKHIRNYA TEGAKLAH SENI LINCAH
MENJADI PERTUBUHAN SILAT DI MALAYSIA

HIJAU, KUNING, MERAH LAMBANG LINCAH
TANDA SEMANGAT DARAH SATRIA
PUTIH BERSIH JIWA NAN SUCI
AMALAN LINCAH SETIA DI HATI

JEBAT…JEBAT SEMANGAT KAMI
SIMBOL KEAZAMAN KEKUATAN JATI
SEMOGA LINCAH HARUM MEWANGI
LAMBANG KEBUDAYAAN NEGARA INI

KEMASHYURAN LINCAH SUKAR DISANGKAL
DI DESA, DI PEKAN RAKYAT MENGENAL
MAHAGURU DATO' HAJI OMARDIN PEJUANG UNGGUL
BAPA PERSILATAN YANG PALING AGUNG

KINI TERSEBAR DI NUSANTARA
NEGARA ASEAN DAN JIRAN TETANGGA
DOA KAMI LINCAH KEMUKA
MENJADI BARISAN PERTAHANAN NEGARA

peristiwa 13 mei 1969

Insiden 13 Mei adalah sebuah istilah untuk kerusuhan rasial antara etnik China dan orang Melayu yang terjadi di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mei 1969 yang menyebabkan sedikitnya 184 orang meninggal Penyebab Kerusuhan Pada 1963, Malaysia menderita perbedaan penyebaran kekayaan antara suku China yang pebisnis, yang mengontrol sejumlah besar ekonomi Malaysia, dan golongan miskin, penduduk Melayu. Dan juga, orang China juga mengontrol sebagian besar kekayaan nasional. Kerusuhan rasial di Singapura pada 1964 juga merupakan salah satu penyebab keluarnya negara itu dari Malaysia (dulunya Singapura merupakan bagian dari Malaysia), dan ketegangan rasial terus berlangsung, kebanyakan orang Melayu tidak puas dengan pemerintahan yang baru saja merdeka itu yang berkeinginan untuk menenangkan etnik China dengan pengeluaran mereka. Pada pemilihan umum 10 Mei 1969, koalisi Alliance yang memerintah dikepalai oleh United Malays National Organization (UMNO)Dato' Harun bin Idris di Jalan Raja Muda menderita kekalahan besar suara. Partai oposisi China yang besar Democratic Action Party dan Gerakan mendapat suara dalam pemilihan, dan mendapatkan ijin polisi untuk mengadakan parade kemenangan melalui jalur yang telah ditetapkan di Kuala Lumpur. Namun, prosesi yang berisik dan kasar dan menyimpang dari jalurnya dan mengarah ke distrik Melayu Kampong Bahru, mengolok penduduknya. Meskipun Partai Gerakan mengeluarkan permintaan maaf keesokan harinya, UMNO mengumumkan prosesi-pembalasan mulai dari kepala negeri Selangor . Dilaporkan, masyarakat yang berkumpul diberi tahu bahwa suku Malay yang menuju ke prosesi telah diserang oleh suku China di Setapak, beberapa mil di utara [1]. Para pemrotes yang marah dengan cepat mengadakan pembalasan dengan membunuh dua pengendara sepeda motor yang lewat, dan mulailah kerusuhan. Pada jalannya kerusuhan pengeras suara di masjid digunakan untuk mendorong para perusuh untuk melanjutkan aksi mereka. Perusuh mulai beraksi di ibukota Kuala Lumpur dan wilayah sekitar negeri Selangor, dengan pengecualian gangguan kecil di Melaka tempat lain di negara tersebut tetap tentram. Keadaan darurat nasional dan jam malam diumumkan pada 16 Mei tetapi jam malam diredakan di beberapa bagian di negara tersebut pada 18 Mei dan dihilangkan dalam waktu seminggu di pusat Kuala Lumpur. Menurut data polisi, 184 orang meninggal dan 356 terluka, 753 kasus "arson" dicatat dan 211 kendaraan hancur atau rusak berat. Sumber lain menaruh jumlah kematian sekitar 196 atau di atas 200. Beberapa memperkirakan jumlah kematian setinggi 700 sebagai akibat dari kerusuhan. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Pembangkang meraikan kemenangan Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Perarakan kematian Cina Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. Rumah Menteri Besar Selangor UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Regimen Renjer Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.
berdiri bukan takut pada tumbang, berlari bukan takut pada bayang, naik bukan memijak lawan, hebat bukan menumpang kawan, bangkit dengan pendirian peribadi, maju dengan kemampuan sendiri ~!!"dluah mati emak,dtelan mati bapak..tp sampai ble bleh btahan..sumpah jgn dbuat pmainan..jgn slh sape dsini..salah kn dri sndri...

aku melaYu

salam perjuangan..
Pusaka keramat nenek moyang, untuk cucu bekalan mendatang, saka terpahat semangat pejuang, esok cucu pahlawan terbilang, kutaburkan bakti,kucurahkan budi, dengan kudrat tulang empat kerat, moga warisan tidak bersemadi, bersama jasadku keliang lahat, kupohon kurnia rahmat Ilahi, dilimpahi keberkatan dalam diri, meniti sebuah perjuangan suci, agar aku mengenali diri, demi sebuah perjuangan ini, akukan berdiri dan terus berdiri, bertapak melangkah dengan pasti, menempuh onak dan ranjau berduri, gunungkan kudaki, lautan akan kurenangi, sebelum bersemadi, berpantang maut sebelum ajal, jiwa kami semangat kental..

salam perjuangan..
aku lihat melayu dalam melayu# aku tahu bukan aku seorang yg nampak# tapi bercampur risau dan tidak tergamak# nanti dikata tak bersyukur dan tak sedar diri# biarku menyendiri# memerhati dan akhirnye mengaku# dan kita sendiri membiarkan bunga raya# melayu kekanan..dan dibiarkan bunga tak cantik,mekar dikiri# aku lihat layu dalam melayu...tanah air kita yg punyaa# kita siram..kita baja..tapi angin api kita lupa# mereka merancang masa menjilat bangsa# 13 harimau bertukar menjadi mangsa# kita lupa.. nenek moyang kaya raya# jgn sekali-kali digadai harta-bendanya# kulihat melayu dalam melayu# Tak kan Melayu hilang di dunia# Ya, tapi apa guna tak hilang didunia Kalau kewujudan tak dirasa# Petah berbahasa, kudrat tak berjasa# Orang berbudi kita hanya tahu merasa# Selalu lari bila dirapat# Selalu malu bila soalan diaju# Selalu segan memberi pendapat# Rela mengikut dari meneraju# Belum menyanyi sudah bersorak# Suka berjanji dalam borak# Bukan kata takde otak!# Cuma tak berfikir diluar kotak!# Ku lihat layu dalam Melayu# aku jadi sayu..aku menangis# dia mendayu mahu jadi cantik tak diragu# aku merayu# bangunlah hidup kembali# jgn tunggu matahari mati# cepatlah mekar sebelum terlerai#
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!

waRkah seOranG inSan

Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.... Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu... Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu... Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.. Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.. Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…. Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…